Sunday, 8 July 2012

Keperibadian Mencerminkan Diri

Salam sejahtera semua. Untuk pengetahuan umum, sekarang sudah jam 240pg. Saya memutuskan untuk menulis artikel seterusnya pada waktu ini kerana memerlukan suasana yang tenang untuk menghasilkan penulisan ringkas agar mudah difahami semua.

Apa yang ingin saya sentuh pada kali ini adalah berkenaan dengan sikap sesetengah manusia terutama bagi mereka yang sedang menempuh alam pekerjaan.  Kita semua sedia maklum arus pembangunan yang pesat berkembang memerlukan kita menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa dalam bentuk teknologi informasi (IT), budaya kerja yang lebih dinamik, mutu kerja yang berkualiti dan berdaya saing.  Oleh itu, kita perlu persiapkan diri dari segi mental, fizikal dan spiritual untuk mendapat keseimbangan di dalam kehidupan seharian kita.  Tiga perkara tadi akan mempengaruhi sikap individu di dalam suasana dan keadaan yang berbeza.

Apabila kita mula menilai seseorang individu dan tidak menggunakan prosedur yang betul, "indirectly" ianya akan mengundang banyak kesan negatif ke atas individu yang menilai dan dinilai.  Ini adalah kerana kegagalan di dalam perancangan dan kajian terhadap 'method of approach'. Bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.  Jadi kaji dahulu sifat individu tersebut sebelum membuat analisis.

Ramai yang tidak sedar bahawa sesetengah buku-buku motivasi yang dijual di pasaran tidak banyak mengajar tentang 'method of approach' tetapi lebih kepada huraian dan kata-kata semangat. (But I acknowledge Datuk Dr Fadzillah Kamsah writing :)..kerana lengkap dengan persiapan mental, fizikal dan lebih penting spiritual).

Di sini terdapat satu senario tentang seorang individu yang bernama M. Dia sentiasa bersikap prejudis di pejabat. Bila tugasan diberikan, agak sukar untuk menerima arahan dan susah untuk dibawa berbincang.  Malahan suka menyendiri, adakala cepat marah dan sentiasa merungut dalam hampir segala hal.

Apakah yang perlu dilakukan untuk meringankan bebanan En M dalam masa yang sama merubah persepsi dan budaya kerja?
  • Sebelum anda berbincang dengan En M, carilah kawan-kawan rapatnya dan siasat latar belakangnya. Contoh: sikap di rumah, masalah yg dihadapi etc.
  • Cari masa yang sesuai untuk berbincang. Lakukan dalam keadaan santai. Make En M feel comfortable. Keselesaan itu penting. "Break the ice"
  • Jangan menuding jari dan mencari kesalahan En M. Jadilah pendengar setianya dalam jangkamasa itu. 
  • Dalam apa jua keadaan, anda perlu sentiasa senyum dan tenang menghadapi En M. Sekiranya dia marah, biarkan sahaja. 
Ini baru sedikit sahaja yang disenaraikan dan untuk melakukannya bukanlah mudah. Kerana sikap anda perlu diubah dahulu sebelum berhadapan dengan yang lain.
  • Buangkan prasangka buruk terhadap pekerja yang bermasalah. Walaupun hakikatnya mereka membawa masalah. Jangan sesekali menjatuhkan maruah individu lain. Jadilah contoh yang terbaik supaya dapat menjadi ikutan orang bawahan. 
  • Sabar. Di sini kita perlu terapkan elemen spiritual di dalam diri. Hanya dengan sabar sahaja dapat menghapus api kemarahan.
  • Kawal kata-kata terutama pabila di dalam keadaan marah. Tegas tidak salah asal biarlah berhemah bila menegur. Sebagai individu muslim, kita kurang membaca kisah-kisah orang yang terdahulu di zaman Rasulullah. Banyak pengajaran dan nilai-nilai yang boleh diguna pakai.
  • Jadilah ketua yang disenangi oleh pekerja.
Itu yang dimaksudkan dengan keperibadian itu adalah cermin diri. Sebelum kita menilai, menegur orang lain, seharusnya kita menilai dan melihat diri kita dahulu. Perbetulkan apa yang perlu barulah kita layak memikul tugasan untuk memperbetulkan orang lain.

Daripada Anas Bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Permudahkan, jangan menyusahkan. Tenangkan dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tetapi harus di ingat, janganlah menilai individu tanpa asas. Kerana ini hanyalah dalam konteks di tempat kerja sahaja. Di luar skop kerja, itu bukan tugas kita untuk menilai seseorang. Tiada manusia yang sempurna. Hanya Dia sahaja yang sempurna. Kita hanyalah hambaNya yang serba kekurangan dalam segala hal.

Wassalam.



7 comments:

  1. xde pon dlm english??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... masa buat first draft dalam ni, 50% penulisan dalam BI. Lepas tu decided to translate to BM tinggal la beberapa kerat jer. Lupa pulak nak buang mukadimah yg asal.

      Ini adalah hasil drpd kajian sendiri dan pemerhatian selama ni. Bukan sekadar teori semata2. Ade lagi sambungan.

      Delete
  2. Salam Tinta. Artikel di atas nampak menarik dan rasanya ada penambahan lagi kelak. Padatkan lagi isinya dan buat lebih banyak kajian. Isu berkaitan dengan sikap manusia ini adalah satu skop yg amat luas. Fokuskan pada perincian satu persatu. Selamat kembali ke dunia penulisan blog. Yan ade msg I semalam. Nampak gayanya ada perdebatan lepas ni Tinta. Khusy tu dah lama cari u. I will be observing you both like the old times.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm tuan. Noted. Sy masih lemah dalam penyusunan dan perlu perbaiki dari masa ke semasa. Dah berkarat skil. Dan amat mengalu-alukan guidance dan nasihat tuan di masa akan datang. Ttg debat tu, rasanya takde kot. Khusy yg usulkan pd sy topik di atas. Sy hanya pecahkan isinya shj.

      Delete
  3. Salam Tn Johan. Ade sessi debat ke nanti? Dgn siapa yer. Sy baru balik dari outstation. Nmpk msg Yan. Khusy is back ye tuan. Seronok giler ni. Btw Tinta, good article. Expecting more from you my fren. Betul laa... kalau diri sendiri tak betul macamana nak melayakkan diri kita untuk menegur org lain. Jauh sekali nak menilai. Itu yang jadi berat sebelah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awi. U ni dah mcm choc. Sekejap ade sekejap hilang. Itu hanya pendapat dan pengamatan Tinta berdasarkan pengalaman kerja. Tak semestinya apa yg Tinta tulis perlu dipersetujui oleh semua org. Mungkin ada rakan2 yg lain melalui pengalaman yg berbeza dlm punya cara tersendiri dalam menangani isu berkaitan manusia ni. You know me. I based on practicality and not just theory. Selamat bekerja.

      Delete
  4. Hmm..Tak ingat pulak kene debate. Tinta, thanks for the article. A good one for a start. Ni mesti tak buat editing terus type jer. No need to push yourself too hard. Not ready to debate. Diorg ni aje yg suka besar2kan hal. But you got your point there in your writing. Dont stay up too late. Tn Johan dan yg lain. Sorry to dissappoint you guys ok. No debate. Only discussion sbb I yg request dia to come up with this article. ;)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.