Sunday, 8 July 2012

Kayakan Diri Dengan Ilmu

Ilmu adalah prinsip asas dan petunjuk dalam menjalankan sesuatu tugasan, tanggungjawab mahupun ibadah secara umumnya. Ilmu yang dipelajari yang kemudian dibuktikan dengan perbuatan yang nyata akan menjadikan kita seorang individu yang berilmu dengan asas pengetahuan yang kukuh, tidak bodoh, hanya menjadi pengikut tanpa mengetahui sebab musabab perbuatan/tugasan atau menjadi individu yang lalai. Dengan berbekalkan ilmu juga dapat mengelak diri daripada sifat ragu-ragu, kurang konfiden, senang ditipu atau dikhianati dan sebagainya.

Berdasarkan penerangan di atas, apa yang ingin saya ketengahkan pada hari ini adalah untuk anda persiapkan diri dengan ilmu yang bersesuaian dengan tugasan yang diberi agar anda mencapai kecemerlangan di akhir tugasan tersebut. 

Segelintir graduan universiti yang memasuki alam pekerjaan agak kurang jelas akan keadaan sebenar dunia pekerjaan / korporat yang begitu kompetitif di zaman yang serba canggih ini. Ada yang bersikap "fast track" kerana ingin mencapai kejayaan dalam masa yang singkat dengan bertukar kerja selang beberapa bulan dek kerana   "high pay or comparing with same level of friends working in other firms".  Ini adalah trend masa kini. Tapi perlu diingat, dalam menimba ilmu, bukan semua bernasib baik. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dan seharusnya anda meletak diri anda paling bawah kerana ini merupakan dunia baru. Segulung ijazah itu hanya pasport untuk membuka jalan buat anda memasuki syarikat korporat gergasi dsbgnya. Membina portfolio diri bermula seawal anda memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. 

Seharusnya anda mula membina kekuatan diri, kemahiran dan mula mencorak strategi untuk melangkah ke fasa yang seterusnya. Pernahkah anda bertanya dalam masa 5 atau 10 tahun dari sekarang, di manakah kedudukan anda? Apa pelan tindakan dan bagaimana untuk anda mencapai matlamat anda? Ilmu itu datangnya dari pelbagai cabang. Malah ilmu itu amat luas sekali. Sekiranya anda bijak mencorak masa depan, maka secara keseluruhan matlamat asal anda tidak akan tersasar. 

Mengikut kajian dan pemerhatian saya, kebanyakan lepasan graduan akan bertahan kurang daripada 4 tahun di sesebuah syarikat swasta. Dan peratusan "turnover" lepasan graduan yang meletakkan jawatan dalam tempoh ini amatlah tinggi. Ini telah diakui oleh beberapa syarikat di sekitar Kuala Lumpur. Setiap kali anda meletakkan jawatan, berapa peratus pula ilmu yang anda bawa bersama untuk diguna pakai di tempat baru? Atau anda bermula dengan 0 semula? Anda sekurang-kurangnya memerlukan 4 ke 5 tahun pengalaman untuk menguasai peringkat asas "skill" secara umumnya. Bergantung kepada tahap kecerdasan dan kefahaman anda di dalam bidang yang anda ceburi. Untuk memajukan diri, kesabaran yang tinggi perlu ada. Jangan terlalu bersikap gopoh dan membuat perbandingan dengan orang lain kerana ianya akan mengganggu konsentrasi dan fokus anda. Ibarat bila hati tidak tenang, maka perkara yang senang pun boleh menjadi susah. Belajar menerima apa saja tugasan diperingkat permulaan kerana tanpa disedari di situ bermulanya peningkatan kredibiliti seseorang dalam melaksanakan tugasannya. 

Janganlah terbit di hati sifat berkira. Suntiklah hati kita ini dengan keikhlasan dalam pekerjaan harian kita kerana dengan berbuat demikian kita akan memperolehi keberkatan dariNya. Rezeki itu datang dariNya jadi berdoalah padaNya. Mohonlah dengan hati yang ikhlas. 

Setitik ilmu itu membawa sejuta makna.

Nota: Artikel ini tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun mati. Ini hanyalah topik yang diketengahkan oleh rakan lama saya untuk dijadikan bahan perbincangan kami di blog saya nanti. 


1 comment:

  1. Nasihat yang baik buat fresh graduates. Siapa yang tak nak dapat good income tapi berpada-pada. Walaupun graduan, tapi kenelah mulakan dari mula. Baru boleh hargai setiap inci dan sudut pengalaman. Kami ni dah terlebih dulu makan garam seawal menjejakkan kaki kami ke dunia pekerjaan. It is the starting point and back from zero.

    Hardship pays off for all of us. Tanpa ilmu dan pengalaman yang sewajarnya, kita tidak akan pergi jauh. Tinta, just blast out your points. We know what your message is to the young ppl out there. Kita ni perkayakan bahasa yang ada. Jangan malu akan asal usul. Baru mudah nak digest perkara baru dalam minda dan kehidupan seharian.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.