Wednesday, 21 March 2012

Perkongsian

Malam ini saya telah mempelajari satu perkara baru daripada seorang sahabat jauh (tapi dekat sebenarnya). Semua orang boleh menulis tetapi untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik, seorang penulis perlu banyak membaca, membaca dan membaca.  Memahami apa yang dibaca dan mengkaji isi pembacaan tersebut sebelum mengolahkan pembacaan tersebut kepada penulisan yang ada nilai tersendiri.  Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis yang hebat kerana ianya memerlukan daya kreativiti dan pemikiran yang tinggi agar penulisan tersebut dapat memanfaatkan para pembaca.

Terima kasih "tuan" kerana menterjemahkan maksud "Kalau tak tahu apa nak ditulis, tak perlu tulis. Baca sahaja. Lepas baca baru tahu apa yang perlu ditulis.."

Ilmu itu walaupun sedikit adalah anugerah yang tidak ternilai. Manfaatkanlah sebaik-baiknya tanpa mengharapkan balasan. Ikhlas dalam segala hal besar pulangannya. Manusia itu adalah sebaik-baik ciptaanNya.

3 comments:

  1. Sy sgt bersetuju dengan pandangan "tuan" itu. Sama seperti yg dikatakan oleh prof. dulu. So Ain, ingat sebelum menghasilkan sesebuah karya, kita perlu byk membaca, mengkaji dsbgnya. Ain bertuah kerana ada sahabat yg sanggup berkongsi pandangan. Itulah nilai persahabatan yg perlu ada. Kalau Yan baca write up you ni, pjg laa dia mukadimah.

    ReplyDelete
  2. Ain..siapa gerangan tuan punya diri tu? Nasihat yg amat bernas. Bagus. Patutla dia senyap seribu bahasa. Rupanya ada sahabat baru. Bukan calang2 org yg boleh nasihat tn puteri sorg ni. Silap haribulan hilang terus dari pandangan semua. Tahniah "tuan" kerana telah kembalikan kwn kami ni. Sekiranya "tuan" membaca komen kami, tegurlah mana2 yg patut sbb kdg2 Ain ni sensitif teramat. Tapi hati baik..first class friend.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu susah2 tinggalkan mesej pd dia. Sbb dia x follow blog ni la. Ain dah lama tak menulis sbb agak sibuk kebelakangan ni dgn tugas. But soon, ada hasil terbaru dari Ain. Nantikan aje la nanti. Awi n Yan.... Thx for your support.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.