Friday, 2 March 2012

Dalam Hati Ada Taman

 Manusia ini mempunyai perwatakan, minat dan cara menangani perkara2 tertentu dengan cara yang berbeza.  Begitu juga dengan yang bernama Lelaki.  Sekiranya kita sebagai wanita sudah buat yang terbaik, maka berilah ruang yang seluas-luasnya untuk kaum adam ini berfikir.  Dan sekiranya terlalu lama untuk kaum adam membuat sesuatu keputusan, maka kita perlu meneruskan kehidupan kita dan jangan terlalu mengharap apa2 dari mereka. Persoalannya perlu dijawab dengan jawapan yang mudah...YA atau TIDAK.

Wanita dilahirkan dengan bermacam2 keistimewaan dan antaranya mempunyai kesabaran yang tinggi.  Walaupun sesekali akan mengeluarkan kata2 yang agak memeningkan kaum adam.  Tapi percayalah... itu semua hanya untuk melepaskan kekalutan dan kekusutan dibenak hati dan minda mereka. Bukan untuk meminta belas kasihan atau ihsan.

Wahai adik2 yang sedang dilamun cinta, fahamilah pasangan masing2 dan jangan terlalu berdolak dalih.  Kalau suka, berterus terang sahaja agar tiada yang menggigit jari di kemudian hari.  Jadikan bunga yang mekar di taman itu kekal selamanya disisi sebelum bunga itu bertukar menjadi bunga larangan di taman larangan.

Panjatkan doa kepada yang Maha Esa agar dipermudahkan jalan sekiranya terbit niat yang baik di hati.  Wahai sang bunga, sekiranya kumbang itu dapat menghidu kemanisan yang ada padamu, maka akan datanglah ia padamu tanpa diseru2. Teruskan sahaja kehidupanmu itu dan penuhi sekelilingmu dengan bunga-bunga yang sama mekar denganmu.

2 comments:

  1. Salam. Wow... semenjak bila pula you pandai berpuitis ni my dear. Seingat I laa, dulu you ni sangat reserve lady and nobody knows what is running in your mind. I observe aje you from far. Mesti you terkejutkan I appear in your blog. I am giving my support to you. Sbb you ni kan Prof's Jewel. We know ain. Dia selalu talk about your good writing and pengisian. What took you so long to come out? I shall join others in the other blog.

    ReplyDelete
  2. Khusy.. bab puitis ni hanya kami jer fully aware. You were too busy dgn your studies. Partner debate pon takkan tak perasan kot. Eh..Yan lupa, ain ni dulu penulisan dia agak lain dari yg di atas. Ain terkejut tgk your comment tau. She msg me just now. Klu ade yg agak personal tu, just emel aje laa. Nanti klu dia brokedown, susah kami semua nak calm her. So many things you tak tau. Make sure to cheer her heart. Kekuatan dia selama ni adalah dari kita semua. Can you imagine how she overcome her fear without us all this while? Semenjak belajar dulu, we are her family. Yan masih ingat lagi, bila cuti sem dia balik hometown Yan, she is loved by semua org mana2 dia pegi.
    Yan miss her so much you know. Sorry ain. Kami semua sgt rindu kat u la.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.