Semua orang ada impian tersendiri. Sudah tentu, ana juga ada. Antaranya, ana ingin menulis sesuatu yang boleh membuat hati, minda dan perasaan viewers gembira, tersenyum dan berlapang dada. Bkn semata2 cerita kosong, sudah tentu ada mesej disebaliknya.
Tapi ana juga manusia biasa. Masih banyak kelemahan yang perlu ana baiki. Jadi apa jua bentuk penulisan ana, anggapkan aje ianya berkongsi cerita dan pendapat. Anda tau tak yang pakar motivasi pun bukanlah manusia sempurna. Mereka dikurniakan kelebihan berbicara dan juga mempunyai daya kefahaman yang tinggi dalam memberi motivasi. Ini adalah kerana mereka belajar, banyak membaca dan membuat kajian. Mereka hanya boleh membantu beberapa percent aje. Selebihnya adalah diri anda sendiri.
Alangkah bagusnya kalau kita dapat memotivasikan diri kita sendiri tanpa bantuan org lain. Kalau ana ada formula itu, ana akan kongsikan dgn semua secara FOC. Berbalik pd impian, ana ingin menjadi seorg penulis yang berkaliber. Yang mana bisa berbicara dlm segala hal, terutama berkaitan dgn akhlak, aqidah, iman dsbgnya. Ana tidak pernah meletakkan diri ini setanding dgn pakar motivasi ataupun guru2 agama kerana ana bkn tergolong di dlm kelompok tersebut.
Apa yg ana coretkan kelak, terhasil drpd apa yg ana pelajari dan alami untuk dikongsikan bersama yg lain krn ana percaya setiap perkara baik itu datang dengan izinNya juga.
Setiap nafas dan degupan jantung itu berjalan dgn izinNya. Setiap perbuatan, niat yang terbit itu, juga dgn izinNya. Dengan ini, bermulalah perjalanan ana ke perhentian yang seterusnya.