Sunday, 8 July 2012

Kayakan Diri Dengan Ilmu

Ilmu adalah prinsip asas dan petunjuk dalam menjalankan sesuatu tugasan, tanggungjawab mahupun ibadah secara umumnya. Ilmu yang dipelajari yang kemudian dibuktikan dengan perbuatan yang nyata akan menjadikan kita seorang individu yang berilmu dengan asas pengetahuan yang kukuh, tidak bodoh, hanya menjadi pengikut tanpa mengetahui sebab musabab perbuatan/tugasan atau menjadi individu yang lalai. Dengan berbekalkan ilmu juga dapat mengelak diri daripada sifat ragu-ragu, kurang konfiden, senang ditipu atau dikhianati dan sebagainya.

Berdasarkan penerangan di atas, apa yang ingin saya ketengahkan pada hari ini adalah untuk anda persiapkan diri dengan ilmu yang bersesuaian dengan tugasan yang diberi agar anda mencapai kecemerlangan di akhir tugasan tersebut. 

Segelintir graduan universiti yang memasuki alam pekerjaan agak kurang jelas akan keadaan sebenar dunia pekerjaan / korporat yang begitu kompetitif di zaman yang serba canggih ini. Ada yang bersikap "fast track" kerana ingin mencapai kejayaan dalam masa yang singkat dengan bertukar kerja selang beberapa bulan dek kerana   "high pay or comparing with same level of friends working in other firms".  Ini adalah trend masa kini. Tapi perlu diingat, dalam menimba ilmu, bukan semua bernasib baik. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dan seharusnya anda meletak diri anda paling bawah kerana ini merupakan dunia baru. Segulung ijazah itu hanya pasport untuk membuka jalan buat anda memasuki syarikat korporat gergasi dsbgnya. Membina portfolio diri bermula seawal anda memasuki dunia pekerjaan yang sebenar. 

Seharusnya anda mula membina kekuatan diri, kemahiran dan mula mencorak strategi untuk melangkah ke fasa yang seterusnya. Pernahkah anda bertanya dalam masa 5 atau 10 tahun dari sekarang, di manakah kedudukan anda? Apa pelan tindakan dan bagaimana untuk anda mencapai matlamat anda? Ilmu itu datangnya dari pelbagai cabang. Malah ilmu itu amat luas sekali. Sekiranya anda bijak mencorak masa depan, maka secara keseluruhan matlamat asal anda tidak akan tersasar. 

Mengikut kajian dan pemerhatian saya, kebanyakan lepasan graduan akan bertahan kurang daripada 4 tahun di sesebuah syarikat swasta. Dan peratusan "turnover" lepasan graduan yang meletakkan jawatan dalam tempoh ini amatlah tinggi. Ini telah diakui oleh beberapa syarikat di sekitar Kuala Lumpur. Setiap kali anda meletakkan jawatan, berapa peratus pula ilmu yang anda bawa bersama untuk diguna pakai di tempat baru? Atau anda bermula dengan 0 semula? Anda sekurang-kurangnya memerlukan 4 ke 5 tahun pengalaman untuk menguasai peringkat asas "skill" secara umumnya. Bergantung kepada tahap kecerdasan dan kefahaman anda di dalam bidang yang anda ceburi. Untuk memajukan diri, kesabaran yang tinggi perlu ada. Jangan terlalu bersikap gopoh dan membuat perbandingan dengan orang lain kerana ianya akan mengganggu konsentrasi dan fokus anda. Ibarat bila hati tidak tenang, maka perkara yang senang pun boleh menjadi susah. Belajar menerima apa saja tugasan diperingkat permulaan kerana tanpa disedari di situ bermulanya peningkatan kredibiliti seseorang dalam melaksanakan tugasannya. 

Janganlah terbit di hati sifat berkira. Suntiklah hati kita ini dengan keikhlasan dalam pekerjaan harian kita kerana dengan berbuat demikian kita akan memperolehi keberkatan dariNya. Rezeki itu datang dariNya jadi berdoalah padaNya. Mohonlah dengan hati yang ikhlas. 

Setitik ilmu itu membawa sejuta makna.

Nota: Artikel ini tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun mati. Ini hanyalah topik yang diketengahkan oleh rakan lama saya untuk dijadikan bahan perbincangan kami di blog saya nanti. 


Keperibadian Mencerminkan Diri

Salam sejahtera semua. Untuk pengetahuan umum, sekarang sudah jam 240pg. Saya memutuskan untuk menulis artikel seterusnya pada waktu ini kerana memerlukan suasana yang tenang untuk menghasilkan penulisan ringkas agar mudah difahami semua.

Apa yang ingin saya sentuh pada kali ini adalah berkenaan dengan sikap sesetengah manusia terutama bagi mereka yang sedang menempuh alam pekerjaan.  Kita semua sedia maklum arus pembangunan yang pesat berkembang memerlukan kita menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa dalam bentuk teknologi informasi (IT), budaya kerja yang lebih dinamik, mutu kerja yang berkualiti dan berdaya saing.  Oleh itu, kita perlu persiapkan diri dari segi mental, fizikal dan spiritual untuk mendapat keseimbangan di dalam kehidupan seharian kita.  Tiga perkara tadi akan mempengaruhi sikap individu di dalam suasana dan keadaan yang berbeza.

Apabila kita mula menilai seseorang individu dan tidak menggunakan prosedur yang betul, "indirectly" ianya akan mengundang banyak kesan negatif ke atas individu yang menilai dan dinilai.  Ini adalah kerana kegagalan di dalam perancangan dan kajian terhadap 'method of approach'. Bak kata pepatah melayu, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.  Jadi kaji dahulu sifat individu tersebut sebelum membuat analisis.

Ramai yang tidak sedar bahawa sesetengah buku-buku motivasi yang dijual di pasaran tidak banyak mengajar tentang 'method of approach' tetapi lebih kepada huraian dan kata-kata semangat. (But I acknowledge Datuk Dr Fadzillah Kamsah writing :)..kerana lengkap dengan persiapan mental, fizikal dan lebih penting spiritual).

Di sini terdapat satu senario tentang seorang individu yang bernama M. Dia sentiasa bersikap prejudis di pejabat. Bila tugasan diberikan, agak sukar untuk menerima arahan dan susah untuk dibawa berbincang.  Malahan suka menyendiri, adakala cepat marah dan sentiasa merungut dalam hampir segala hal.

Apakah yang perlu dilakukan untuk meringankan bebanan En M dalam masa yang sama merubah persepsi dan budaya kerja?
  • Sebelum anda berbincang dengan En M, carilah kawan-kawan rapatnya dan siasat latar belakangnya. Contoh: sikap di rumah, masalah yg dihadapi etc.
  • Cari masa yang sesuai untuk berbincang. Lakukan dalam keadaan santai. Make En M feel comfortable. Keselesaan itu penting. "Break the ice"
  • Jangan menuding jari dan mencari kesalahan En M. Jadilah pendengar setianya dalam jangkamasa itu. 
  • Dalam apa jua keadaan, anda perlu sentiasa senyum dan tenang menghadapi En M. Sekiranya dia marah, biarkan sahaja. 
Ini baru sedikit sahaja yang disenaraikan dan untuk melakukannya bukanlah mudah. Kerana sikap anda perlu diubah dahulu sebelum berhadapan dengan yang lain.
  • Buangkan prasangka buruk terhadap pekerja yang bermasalah. Walaupun hakikatnya mereka membawa masalah. Jangan sesekali menjatuhkan maruah individu lain. Jadilah contoh yang terbaik supaya dapat menjadi ikutan orang bawahan. 
  • Sabar. Di sini kita perlu terapkan elemen spiritual di dalam diri. Hanya dengan sabar sahaja dapat menghapus api kemarahan.
  • Kawal kata-kata terutama pabila di dalam keadaan marah. Tegas tidak salah asal biarlah berhemah bila menegur. Sebagai individu muslim, kita kurang membaca kisah-kisah orang yang terdahulu di zaman Rasulullah. Banyak pengajaran dan nilai-nilai yang boleh diguna pakai.
  • Jadilah ketua yang disenangi oleh pekerja.
Itu yang dimaksudkan dengan keperibadian itu adalah cermin diri. Sebelum kita menilai, menegur orang lain, seharusnya kita menilai dan melihat diri kita dahulu. Perbetulkan apa yang perlu barulah kita layak memikul tugasan untuk memperbetulkan orang lain.

Daripada Anas Bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Permudahkan, jangan menyusahkan. Tenangkan dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Tetapi harus di ingat, janganlah menilai individu tanpa asas. Kerana ini hanyalah dalam konteks di tempat kerja sahaja. Di luar skop kerja, itu bukan tugas kita untuk menilai seseorang. Tiada manusia yang sempurna. Hanya Dia sahaja yang sempurna. Kita hanyalah hambaNya yang serba kekurangan dalam segala hal.

Wassalam.



Saturday, 7 July 2012

Alam Maya / Halimunan

Assalamualaikum semua.

Lama juga tak menulis di dalam blog ni. Tiba-tiba rasa agak kekok pula pada malam ni. Anggapkan aje bacaan untuk topik di atas sbg bacaan santai. Ini adalah persoalan yang bermain di minda.

Ada masanya saya terfikir, dek kerana meletakkan keikhlasan dalam sesebuah persahabatan, saya telah mempersoalkan keikhlasan itu sendiri pada sahabat "halimunan" sy tempoh hari. Padahal setelah hampir setahun 7 bulan berkomunikasi melalui BBM, sepatutnya sy dah nampak semua itu. Malah saya tak rasa pun yg saya berinteraksi di alam maya. Mungkin kerana persahabatan itu benar2 atas dasar ikhlas. Jadi tidak ada istilah ganggu mengganggu, kacau mengacau sepanjang perkenalan kami.

Tanpa disedari, pandangan yang diberi memberi suntikan semangat untuk saya teruskan minat saya, lebih fokus dalam kerja bila menghadapi tekanan. Saya sangat menghargai kehadiran dia. Bukan semua bentuk sokongan dan dorongan boleh diperolehi dari pasangan sendiri. Ada sesetengah perkara itu datang dari orang luar. Alangkah bagusnya kalau dia membaca apa yang saya coretkan di sini. Walaupun benda atau perkara yang sudah terjadi itu tak perlu dikenang, tapi saya masih lagi rasa bersalah di atas sikap saya sehingga telah mendorong sy "create" satu situasi yang melibatkan provokasi pada dirinya semata2 untuk mendapatkan kepastian. Saya amat cuai dan buta. Mungkin juga saya agak kecewa kerana perkataan alam maya dan tiada kepentingan digunakan di dalam penerangannya. Bila di baca dalam keadaan marah, maka maksud sebenarnya tersasar. Bila di baca dalam keadaan yg lebih tenang, baru nampak fakta untuk menyokong tuduhan melulu saya.

Tapi saya harus memuji sahabat ini kerana di dalam situasi sedemikian, dia pandai memainkan peranan walaupun hakikatnya saya tahu dirinya sedikit terkilan dengan kata-kata yang saya lemparkan.

Sesungguhnya, saya melihat dirinya sebagai insan yang bernama dia.  Saya amat menghormati pendiriannya begitu juga dengan dirinya.  Tiada lagi istilah kawan di alam maya.